Sunday, November 28, 2010

HBMT2103_810401115373_ASSINGMENT_SMP BIASA




FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA



HBMT 2103
TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO




Nama:
HAFIZ FIKRY BIN HAMAD @ AHMAD
No. Matrik :
810401115373002
No. Telefon :
019-9763427
E-mail :
hafizfikry@yahoo.com
Nama Tutor:
ENCIK MOHAMAD BIN JUNOH

Nama E-Tutor:
MADAM CHEAH ENG JOO
Pusat Pengajian:
PAHANG LEARNING CENTRE
(SEMESTER SEPTEMBER 2010)



Sekapur Sirih

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan kurnia serta keizinan-Nya, dapat saya menyempurnakan tugasan ini.
Pada kesempatan ini, ingin saya mengucapkan ucapan setinggi – tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Encik Mohamad bin Junoh selaku tutor bagi Kursus HBMT 2103 Teaching Mathematics In Year  Two  atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini.
Tidak lupa juga kepada ahli keluarga terutamanya isteri dan anak-anak yang amat mengambil berat dan memahami situasi saya sepanjang pengajian di OUM ini. Begitu juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam memberi idea, dan dorongan sehingga selesai tugasan ini dilaksanakan.
Segala sumbangan kalian akan dikenang sepanjang masa dan semoga bimbingan, sumbangan, dan sokongan yang dihulurkan kepada saya dinilai sebagai ibadah di sisi Allah SWT.
Wassalam.


DEFINISI ISIPADU CECAIR

              Isipadu cecair merujuk kepada muatan atau kandungan cecair di dalam sesuatu bekas. Isipadu cecair boleh diukur ataupun disukat dengan menggunakan dua kaedah bacaan iaitu :-

BIL
KAEDAH
CONTOH
1
Unit bukan piawai (‘non standard units’).
i) Penuh (full).
ii) Separuh Penuh (half full).                                        iii) Kosong (empty).
2
Unit piawai (‘standard unit’) dalam sistem metrik.
i) Milliliter ( ml ).
ii) Liter ( l ).

            Manakala menyukat isipadu cecair pula adalah satu proses mengira jumlah cecair yang boleh mengisi bekas yang berlainan bentuk dan saiz mengikut unit ukuran piawai atau bukan piawai. Proses menyukat memerlukan kemahiran memerhati, membaca dan menulis unit ukuran isipadu. Oleh yang demikian, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis serta kemahiran menyelesaikan masalah adalah penting yang perlu ada di dalam diri seseorang murid untuk memahami dan seterusnya menguasai kemahiran menyukat isipadu cecair.
Berdasarkan pengalaman saya mengajar murid tahun dua, saya dapati bahawa segelintir murid seringkali menghadapi kesilapan pemahaman tentang isipadu cecair di dalam berlainan bekas.Hal ini terjadi kerana, apabila murid melihat bekas yang lebih tinggi tetapi sempit berbanding bekas yang lebih rendah tetapi lebar, mereka akan mengatakan bahawa air lebih banyak di dalam bekas yang lebih tinggi.
Masalah konsepsi isipadu cecair boleh kita definisikan sebagai kesilapan penaakulan murid terhadap kapasiti isipadu di dalam sesuatu  bekas yang berbeza. Seseorang murid akan menganggap tinggi kapasiti air sebagai penanda aras banyaknya air di dalam sesuatu bekas seperti gambar yang dibawah :-


Berdasarkan gambarajah di atas, murid akan menganggap bahawa air di dalam mangkuk itu paling sedikit kerana tinggi airnya adalah paling rendah berbanding objek lain. Manakala, mereka pula akan menganggap air di dalam botol itu paling banyak kerana pada pandangan mereka air di dalam botol itu antara yang paling tinggi di antara kedua-dua objek tersebut. Namun, setakat mana kesahihan visual mereka. Perkara ini perlu kita perbetulkan bagi memperbaiki persepsi murid terhadap perkara ini.





            Bagi mengukuhkan lagi kenyataan ini, saya sertakan satu tayangan video yang menunjukkan cara air disukat dan diukur.Murid-murid dapat melihat dengan jelas cara isipadu air diukur.


VIDEO CARA MENGUKUR ISIPADU (SEPERTI TERDAPAT DALAM BLOG)




Berdasarkan contoh video tersebut, secara tidak langsung murid dapat mengetahui cara membaca dan menyukat air yang betul iaitu, mula menyukat dari kuantiti yang sedikit dan membacanya pada aras yang betul. Pada masa ini, sikap berhati-hati dan berwaspada amatlah penting supaya isipadu air untuk disukat tidak berkurangan samada tertumpah ataupun berkurangan.Jika hal ini terjadi, ralat pada bacaan akan berlaku. Video tersebut menunjukkan bahawa untuk menyukat cecair, seharusnya menggunakan alat penyukat yang mempunyai skala bacaan agar dapat memudahkan kita menentukan isipadu sebenar bagi cecair yang ingin disukat. Oleh hal yang sedemikian bagi membetulkan konsep murid yang silap tentang isipadu cecair didalam bekas tinggi lebih banyak berbanding bekas rendah dan lebar, guru boleh menggunakan alatan seperti silinder dan bikar penyukat untuk menunjukkan bacaan sebenar kepada murid.

DUA BAHAN BANTU MENGAJAR.

TAJUK : Isipadu Cecair
TAHUN : Dua



SILINDER PENYUKAT

Bagi murid tahun 2, tajuk mengukur isipadu cecair adalah agak sukar bagi mereka lebih-lebih lagi apabila ingin membuat perbandingan di antara dua isipadu cecair.Oleh sebab itu,sebagai seorang guru alat bantu mengajar yang sesuai dan maujud mestilah digunakan bagi menyampaikan sesuatu tajuk supaya dapat memberi pemahaman tentang sesuatu konsep yang ingin disampaikan.Untuk tajuk isipadu cecair,salah satu bahan bantu mengajar yang boleh digunakan ialah silinder penyukat.Ini kerana silinder penyukat adalah satu alat yang maujud,sesuai bagi semua peringkat murid dan mudah di dapati di sekolah tanpa mengeluarkan kos.
Selain itu,silinder penyukat ini dapat memberi ukuran yang tepat dan mengikut unit piawai yang betul iaitu liter dan milliliter kerana silinder penyukat terdapat skala bacaan mengikut piawai yang tepat.Ini dapat memudahkan dan mengukuhkan lagi konsep isipadu cecair sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran murid setelah mereka dapat melihat sendiri bagaimana cara air diukur dan dibaca.Guru juga boleh menggunakan makmal sains apabila mengajar topic ini.Seterusnya guru juga boleh mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di makmal. Murid-murid juga menjadi lebih seronok dan aktif apabila seseorang guru dapat mempelbagaikan aktiviti menggunakan bahan bahan bantu mengajar yang sesuai.Murid-murid juga boleh mengaplikasikan pembelajaran dengan menggunakan silinder penyukat ini semasa pengajaran dan pembelajaran subjek Sains.Ini dapat mengukuhkan lagi ingatan serta konsep isipadu cecair kepada murid.

BIKAR

Bikar penyukat juga merupakan salah satu alat bahan bantu mengajar yang maujud,sesuai dan mudah bagi seseorang guru menyampaikan konsep isipadu cecair kepada murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Murid-murid akan lebih memahami bagaimana bacaan cecair diukur kerana bikar mempunyai ukuran piawai yang tepat bagi cecair iaitu liter dan milliliter walaupun ia terdiri daripada pelbagai saiz.Murid-murid dapat melihat dengan lebih jelas semasa guru mengajar murid cara membaca ukuran yang betul dan tepat menggunakan bikar.Bikar juga sesuai digunakan kepada semua aras murid.
Murid-murid juga boleh mengaplikasikan pembelajaran mereka ini di dalam subjek Sains justeru mengukuhkan lagi pemahaman mereka tentang konsep pengukuran isipadu cecair.Di sarankan agar guru menggunakan bikar yang bersaiz besar agar murid mudah untuk melihat air dan memberikan bacaannya mengikut unit piawai yang betul.Tidak ketinggalan juga agar guru seelok-eloknya menggunakan air yang berwarna sepanjang menjalankan aktiviti ini. Ini kerana selain memudahkan murid mencatat bacaannya, impak warna- warni secara tidak langsung akan menarik minat murid untuk melaksanakan aktiviti yang seterusnya.Secara tidak langsung,seseorang murid itu dapat memahami konsep pengukuran isipadu cecair dengan lebih mudah dan cepat.


DUA AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Setiap guru perlulah kreatif dan kritis di dalam merancang sesuatu aktiviti yang akan dijalankan di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang menyeronokkan membolehkan pelajar mudah memahami apa yang ingin disampaikan disamping mengekalkan pengetahuan tersebut dalam memori mereka sekaligus dapat memperbetulkan masalah konsep di dalam diri pelajar. Setiap aktiviti yang dirancang juga perlulah melibatkan pelajar secara aktif agar mereka lebih bersemangat untuk menyertai aktiviti tersebut. Guru juga mestilah mempelbagaikan aktiviti mengikut kebolehan murid-muridnya di dalam kelas iaitu murid yang cerdas dan murid yang lemah.Kebolehan guru sebagai perancang merupakan nadi utama halatuju pemikiran pelajar terutamanya apabila memperkenalkan konsep isipadu cecair.

Oleh yang demikian, saya merancang dua aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkenaan topik isipadu cecair untuk pelajar tahun dua. Diharap perancangan saya ini nanti dapat meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran ketika waktu kelas saya.





AKTIVITI PENGAJARAN MURID BERPENCAPAIAN TINGGI

Bagi murid berpencapaian tinggi di mana mempunyai tahap pemikiran yang lebih sistematik dan efektif berbanding murid berpencapaian rendah, guru bolehlah menggunakan pendekatan konstruktivisme.Pendekatan Konstruktivisme ini lebih berpusatkan murid sebagai langkah untuk melaksanakan sesuatu aktiviti.Aktiviti yang dijalankan ini secara tidak langsung akan memudahkan pemahaman konsep tentang isipadu cecair yang sama walaupun berlainan bekas. Mereka akan saling bekerjasama antara satu sama lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah tanpa memerlukan arahan dan bimbingan guru dari awal hingga ke akhir penyelesaian.

Oleh hal yang demikian, disarankan agar guru menggunakan kaedah kumpulan bergerak ataupun lebih popular dikenali sebagai “aktiviti stesen” sebagai satu contoh aktiviti dalam rekreasi matematik. Aktiviti ini boleh juga dinamakan “Banyak atau sama?”. Di sini, guru boleh menyediakan satu kad soalan untuk berlainan kumpulan dan meminta ketua bagi setiap kumpulan mengambilnya. Sebelum itu, guru akan memberikan penerangan ringkas untuk aktiviti yang bakal berlangsung. Arahan itu adalah seperti;

1) Murid dikehendaki menentukan baldi mana yang mempunyai isipadu air yang lebih
2) Murid mestilah memberikan jawapan berdasarkan sukatan air pada bikar penyukat
3) Apabila wisel dibunyikan,jawapan hendaklah ditulis dan murid berpindah ke stesen berikutnya.
4) Aktiviti berulang sehingga tamat semua stesen
5) Murid hendaklah mengelakkan ralat dengan berhati-hati ketika menuang air dan markah akan ditolak jika air tertumpah.

Selain daripada itu, bagi setiap stesen, bahan dan alat yang digunakan adalah sama sahaja iaitu, 2 botol besar berlainan bentuk (tinggi,kecil dan besar,pendek) , 2 bikar penyukat yang sama sukatan kuantitinya dan seorang murid yang berperanan sebagai pemantau dan sebagai pengisi air apabila berkurangan dari had yang sepatutnya. Murid yang dipilh bagi setiap stesen adalah wakil dari setiap kumpulan. Selain itu, guru juga menyediakan borang jawapan bagi murid mencatat bacaan isipadu air yang disukat seterusnya menentukan isipadu air yang lebih banyak.
Apabila sahaja loceng kali pertama dibunyikan, murid akan memulakan aktiviti dengan menyukat air yang berlainan botol dan seterusnya mencatat jawapan pada kertas yang disediakan. Mana- mana murid dalam kumpulan yang menumpahkan air telah diberi peringatan  bahawa markah kumpulan mereka akan ditolak 1. Oleh hal yang sedemikian, secara tidak langsung mereka akan mengamalkan sikap yang berwaspada sewaktu menjalankan aktiviti sekaligus memupuk semangat untuk bersaing dengan kumpulan lain bagi mendapatkan markah yang tertinggi.

Kemudian, loceng kedua akan dibunyikan selepas 5-8 minit dan murid dikehendaki berpindah ke stesen berikutnya. Di stesen berikutnya, murid akan membuat perkara pertama dan menentukan botol mana yang mengandungi lebih banyak air. Aktiviti ini berterusan sehingga ke semua stesen dilawati murid dan pada akhir sesi aktiiti guru akan berbincang bersama murid jawapan yang mereka perolehi manakala sesi refleksi juga akan diadakan oleh murid yang bertindak sebagai penjaga di setiap stesen. Di sini guru akan menegaskan bahawa isipadu air yang sama walaupun diisi di dalam bekas berlainan tidak akan berubah kerana cecair adalah memenuhi ruang dan mengikut bekas yang diisinya namun isipadunya adalah tetap.


AKTIVITI PENGAJARAN MURID LEMAH

Aktiviti pengajaran ini bertujuan untuk mengajar murid dan membantu mereka menyelesaikan masalah salah tanggapan konsep isipadu cecair tadi secara membuat perbandingan.Aktiviti pengajaran ini melibatkan perbandingan perbezaan antara silinder penyukat ( di mana ia adalah tinggi dan kurus) dan bikar (di mana ia gemuk dan rendah) . Kedua-dua alat penyukat ini digunakan kerana kedua –dua bekas ini adalah memang berbeza. Oleh itu ,murid dapat membezakannya dengan mudah.Aktiviti ini juga memerlukan interaksi antara guru dengan murid.Murid juga perlu berinteraksi antara satu sama lain sepanjang aktiviti pengajaran.Interaksi ini penting untuk murid yang lemah supaya mereka  mudah faham dan belajar dengan seronok dan gembira.

Dengan menggunakan silinder penyukat 10 ml,guru akan memasukkan air anggur ke dalam botol mineral kosong.Kemudian,guru akan memasukkan air tersebut mengikut urutan botol yang telah di susun di mana yang pertama diisi 1 bekas silinder penyukat 10ml.Di ikuti botol yang kedua diisi 2 bekas silinder penyukat iaitu 20 ml.Sehinggalah bekas yang kesepuluh diisi sebanyak 10 silinder penyukat iaitu isipadunya 100 ml.








Berikut adalah isipadu-isipadu air anggur yang telah di sukat dan di masukkan ke dalam botol air minuman.Kemudian,guru akan meminta murid membuat perbandingan dan guru mengemukakan soalan:
“ Yang manakah mempunyai kapasiti air yang lebih banyak? Bekas botol mineral A atau Bekas botol mineral B”?Guru menunjukkan respon terhadap jawapan murid seperti ya,betul sangkaan kamu.Jawapannya ialah bekas botol mineral A yang mempunyai isipadu yang lebih banyak berbanding bekas botol mineral B.
Selepas itu,murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.Guru menunjukkan contoh silinder penyukat dan bikar kepada setiap kumpulan.Setiap kumpulan diminta membezakan kedua–dua bekas ini dan menyatakan yang mana satu mampu mengisi lebih banyak air.Di sini,guru perlu memberikan sedikit panduan dengan mengemukakan soalan seperti “mana satu bekas tinggi?” , “mana satu bekas gemuk?” dan sebaginya.Soalan-soalan ini akan membantu murid yang lemah ini berfikir dengan baik dan menggalakkan mereka bersikap lebih aktif semasa aktiviti dijalankan.Setiap kumpulan diminta menerangkan sekurang-kurangnya dua perbezaan bagi kedua-dua bekas ini.
Selepas itu,setiap ciri-ciri bikar dan silinder penyukat itu akan ditulis oleh setiap wakil kumpulan di atas papan putih supaya semua murid dapat membuat perbandingan jawapan.Guru juga boleh membuat kesimpulan dan rumusan terhadap jawapan yang telah ditunjukkan.
Kita andaikan Kumpulan A,B,C dan D.Setiap kumpulan akan menerima:
KumpulanA: Sebuah silinder penyukat 100ml yang berisi 100ml air .
KumpulanB: Sebuah bikar 100ml yang berisi 100 ml air.
KumpulanC: Sebuah silinder penyukat 100ml yang tidak berisi air.
KumpulanD: Sebuah bikar 100ml yang tidak berisi air.
Kumpulan A akan menuangkan 100ml air dalam silinder penyukatnya ke dalam bikar kosong di kumpulan D manakala kumpulan B pula akan menuangkan 100ml air di dalam bikarnya   ke dalam silinder penyukat kosong di kumpulan C.Akhirnya,kita mempunyai sebuah silinder penyukat yang berisi air 100ml dan sebuah bikar yang berisi 100ml air.Murid diminta untuk memerhatikan paras air di dalam setiap bekas.Di sini murid dapat melihat paras air di dalam silinder penyukat adalah lebih tinggi jika dibandingkan paras air di dalam bikar.Setiap murid disoal sebab kenapa paras air setiap bekas tidak sama sedangkan isipadu 100ml air yang sama dimasukkan .Ketika ini,guru perlu mengingat kembali murid tentang ciri-ciri bikar dan silinder penyukat yang telah dibincangkan sebelum ini.Akhir sekali,guru menerangkan bahawa paras air setiap bekas tidak dapat menunjukkan kapasitinya.





KESIMPULAN
Kreativiti guru dalam menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar sememangnya merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh setiap guru. Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru sangat membantu dalam memperbetulkan masalah konsepsi pelajar. Oleh yang demikian, setiap insan yang bergelar guru tidak boleh mengeluh dalam mengajar para pelajar kerana tanpa guru siapalah lagi yang memikul tanggungjawab ini.
Di samping itu, guru mestilah menggunakan pelbagai kaedah dan cara yang menyeronokkan di dalam penyampaian sesuatu kemahiran di dalam kelas . Apabila seorang guru dipertanggungjawabkan mengajar murid-murid tahun satu ini, guru hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran tidaklah terhad kepada satu cara sahaja. Ini membolehkan  murid-murid yang berada di awal persekolahan ini dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih mudah serta mereka akan menjadi lebih seronok melakukan sesuatu aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.
Selain itu, penggunaan bahan maujud (konkrit) juga disarankan kepada guru sewaktu mengajar murid-murid tahun satu. Ini dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik kerana murid-murid ini diajar beserta contoh yang maujud. Dengan cara ini,murid-murid dapat mempelajari sesuatu kemahiran menolak dengan lebih senang dan mereka akan lebih bersemangat untuk mempelajari kemahiran yang lain. Murid-murid juga dapat memahami kemahiran ini dengan lebih cepat dan mudah apabila guru menggunakan contoh yang kompleks sebagai permulaan seterusnya kepada abstrak. Ini dapat  mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan menyeronokkan di dalam kelas.
Sebagai kesimpulan ,tanggapan bahawa bekas yang mempunyai paras air yang tinggi mempunyai kapasiti yang banyak oleh murid-murid tahun boleh dibetulkan dengan menggunaakan alat membantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik.Dengan kata lain,semasa memilih alat bantu mengajar ,kita perlu tahu pengetahuan sedia ada murid ,kesesuaian bahan itu kepada kandungan pengajaran serta memastikan bahan itu boleh dilihat ,didengar dengan jelas.
Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid menggalakan interaksi dan penglibatan murid,ia juga menggalakkan murid banyak berfikir. Interaksi antara guru,murid dan bahan bantu mengajar dapat memastikan objektif pengajarn dan pembelajaran tercapai.
Bibliografi


Murugiah s/o Velayutham & Kao Thuan Keat.(2010).HBMT2103 Teaching
             Mathematics in  Year Two. Selangor Darul Ehsan:Open University Malaysia.



Lee Tak Sing, Lean Kee Fong & Azizah Binti Haji Tengah.(2003).Mathematics 
          Year 2 Textbook Part 2.Selangor Darul Ehsan:Hypersurf Corporation Sdn.Bhd.









No comments:

Post a Comment